Thursday 1 January 2015

yang sedang mencari keredhaan

 Hai Assalammualaikum =)
   Nak cakap pasal dakwah hari ni even aku rasa macam tak layak je tapi aku mengalami situasi ni sendiri so aku rasa memang kena bagitau gak kot. Amanah setiap Muslim kan. Kalau tak dekat akhirat nanti kena soal. Nauzubillah..
   
   Banyak kali dah ustaz ustazah naqib naqibah pesan benda ni. Kalau kita solat lima waktu penuh, baca Qur’an every single day, solat sunat, pergi majlis ilmu tapi member kita (housemate ke roommate ke), family kita , terbongkang tak solat , tak baca Qur’an, jangan ingat dorang je kena dekat akhirat nanti. Kita pun takkan selamat jugak tahu.


  
   Dekat akhirat nanti kita tetap akan kena azab sebab kita tak ajak dorang sekali solat, kalau dorang solat sendiri takpe. Ini dorang tak solat langsung pastu kita menonong je solat sensorang,  buat baik sensorang, kengkawan, family bergelumang dosa padahal dorang satu rumah dengan kita kot.
  
    Hakikatnya, kawan. Islam tak macamtu. Islam tak bersifat individualistik malah Islam yang kita anuti ni sangat mementingkan ‘kebersamaan’ =) Kita pun kalau tanya mesti nak masuk syurga dengan mak ayah adik abang kakak kengkawan semua kan? Ada ke antara kita yang nak masuk syurga sorang-sorang?
  
   Satu lagi kebaikan ajak-mengajak ni ialah setiap pahala yang diorang dapat bila diorang tunaikan solat, bila diorang pergi majlis ilmu, bila diorang baca Qur’an, inshaAllah kita ada share sekali pahala tu disebabkan kita ajak diorang untuk buat benda-benda baik, right?
    
  Tapi masalah dan rintangan tu mesti ada punya. Bak kata ayah ‘ bukan dakwah namanya kalau takde apa-apa halangan rintangan.’ Kengkadang tu kita seru je kengkawan ke family ke ajak solat sekali tapi.. penerimaan dorang terhadap apa yang kita buat tu erm.. macam tak berapa nak okey sangatlah kan? sampai kita rasa bersalah pulak nak ajak lagi, takut hubungan yang rapat-rapat je selama ni tetiba merenggang-renggan pulak. Hmm..
Solution?
   
   Hahaha.. nak fikir solution macam pecah kepala jugakla sebab macam aku cakap awal2 tadi la, aku pun tengah mengalami situasi yang macam ni gak. Kalau tak ajak dorang solat, sah-sah la saham dosa tu aku pegang sekali, tapi kalau ajak mereka-mereka ni keluar muka menyampah pula. Tergaru-garu jugaklah kepala ni nak mencari jalan.
   
   Lepas aku termenung berapa lama entah , dapat la kot solution sikit-sikit haha inshaAllah berkesan asalkan niat kena betullah. Buat ni agar orang-orang yang kita sayang dapat kenal Allah jugak. Buat benda ni dengan niat kita nak selamatkan diorang dari murka Allah dan api neraka. Jangan buat sebab nak tunjuk yang diri ni lagi baik dari diorang ke hape. Biarlah niat tu betul agar usaha kecil kita ni dapat keberkatan Allah =)
    
       1) Jangan guna suara tinggi. Jangan marahlah maksudnya. Ajak elok elok and lembut. Remember Rasulullah SWT? Rasulullah was really soft and calm in His dakwah. Sebab tu lah Islam zaman baginda tersebar luas, sebab ramai orang masa tu terpikat dengan kelembutan Rasulullah berdakwah selain daripada keindahan Islam tu sendiri.
      
       2) Second way ni boleh guna untuk spesies orang yang kuat melawan sikit. Still cakap lembut-lembut, tapi lepas ajak dia solat tu, and dia still lagi taknak solat, bagitaulah dia ganjaran untuk orang yang tunaikan solat 5 waktu ni such as hati tenang and dapat kesihatan tubuh badan. Kalau dia taknak lagi, bagitau dia dia azab orang tak solat ni contohnya azab kubur, lepastu azab neraka jahanam, inshaAllah jalan. 
       
       3)  Kalau dia taknak juga, kita terus je solat lepas tu doa dekat Allah agar dibukakan pintu hati dia untuk terima hidayah. Memanglah kita dah usaha, tapi jangan lupa yang hati dia tu milik Allah, kalau Allah taknak buka pintu dia, kita buat apa pun takkan jalan. Sebab tu kita doa, pohon semoga Allah bagi dia hidayah and terbukak pintu hati dia untuk solat lepas tu, inshaAllah.    

        Seringkali terjadi bila kita rasa kita tak layak nak suruh orang lain buat baik ke apa ke sebab kita rasa kita ni pun takdelah baik mana, kan? Jangan risaulah kawan.. kalau dalam diri kita tu dah ada keazaman untuk jadi hamba Allah yang lebih baik, inshaAllah Allah akan tolong kita. Jangan down bila orang cakap kita ni bajet alim ke berlagak macam ustaz padahal dosa kita pun berkepuk sebab kita tengah jalankan apa yang telah Allah amanahkan dekat kita, iaitu dakwah.

   Manusia tak sempurna dan maksum kecuali Rasulullah SAW. Jadi jangan jadikan ‘tak sempurna’ tu sebagai alasan untuk tak berdakwah sebab memang sampai bila-bila pun kita takkan sempurna. Jangankan sebab nak menunggu sempurna tu lah kita tak jalankan amanah Allah lepastu Allah tarik nyawa kita dalam keadaan kita ni tak sempat langsung nak buat apa-apa. Oleh disebabkan kita ni belum lagi sekuat mereka-mereka yang berdakwah secara terbuka macam ustaz-ustaz , imam muda, pencetus ummah dan banyak banyak lagi, boleh je kalau kita pos benda-benda baik macam fadilat solat ke, hikmah sedekah ke, apa ke, dekat status facebook , twitter, blog ke.. Dunia dah maju kan.. Bila ada yang baca dan ambil iktibar dari apa yang kita pos tu, inshaAllah adalah ganjarannya untuk kita Allah bagi. Pedulikan mereka yang selalu nak meng-down-kan kita sebab kita hidup bukan untuk gembirakan mereka tapi kita hidup untuk mencari keredhaan-Nya =)
   
   Akhirul kalam, aku pun insan yang lemah, penuh dengan dosa, dan sering kali tersilap. Maaf kalau ada yang salah dan tak betul dalam entri entri yang aku pos ni, sungguh aku manusia biasa. Jangan malu untuk menegur sebab Allah sendiri pesan pada hamba hamba-Nya untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Semoga kita berjaya dalam perjalanan mencari keredhaan yang penuh pancaroba ni and semoga kita semua tergolong dala golongan yang benar dan diredhai. Amin =)

yang sedang mencari keredhaan,
mister ketam.

Friday 19 December 2014

Yang pernah gagal.

yo Assalammualaikum.

Apa khabar? Khabar baik. Sekian lama tak conteng-conteng. Hmm..

Pernah rasa tak perasaan ni.. Kita dah usaha dah doa dah solat hajat dan mintak dengan Allah tapi hasilnya tak macam yang kita harapkan. Pulak tu, orang lain kata macam-macam dekat kita sebab kita tak berjaya.

Sakit, kan.

Dalam hati memang rasa nak smackdown orang tu , rasa nak tumbuk dia, rasa nak campak dia masuk tasik supaya dia diam tapi syukur, Allah bagi kesabaran.

Ada orang kata 'apa yang kita usaha itu yang kita dapat.'

Tapi aku sebenarnya kurang setuju lah dengan statement ni. Aku tak kata salah, cuma kurang setuju.

Sebab ayat macamtu dia effects sesetengah orang je, dan dalam perjalanan hidup aku ni aku dah jumpa ramai sangat orang yang usaha bagai nak rak tapi tetap tak berjaya.

Kenapa?

 Kenapa Allah tak bagi aku kejayaan? Aku dah usaha. Aku dah doa.

Kenapa?

Jawapan simple, tapi kalau hayati insyaAllah masuk dalam hati kecil.

Sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia tahu segalanya. Kita tak tahu apa-apa.

Mungkin pada masa sekarang, kejayaan tu bukan yang terbaik untuk kita? entah-entah kalau kita berjaya kita riak? berlagak? lupa nak cakap Alhamdulillah??

Allah cipta kita, dia kenal kita, dia tahu kita macam mana dan segala apa yang dia beri itulah yang terbaik.

'Dan mereka merancang dan Allah pun merancang dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.'

Ayat Qur'an ni tapi tak ingat ayat mana surah mana. See? Bukan kita je yang ada rancangan. Allah pun ada. Dan memang sah-sah lah apa yang Allah rancang tu berjuta kali ganda lagi baik dari kita punya.

Jadi jangan putus asa. Berhenti menangis. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Mungkin kita tak berjaya hari ni tapi kita berjaya pada masa akan datang. Benda yang paling penting solat dengan do'a. Dua benda yang tak boleh kita buat sambil lewa apatah lagi tinggalkan.

Ingat, Allah sayang hamba-Nya yang berdoa dan bergantung harap pada Dia. Dia tak akan kata tidak.

Kalau Allah tak bagi sekarang, Dia bagi waktu lain. Kalau Allah bagi apa yang kita tak minta, maksudnya itu yang terbaik untuk kita. Kalau Allah tak tunaikan permintaan kita sampai kita mati, maksudnya Allah tunaikan dekat akhirat, tempat yang abadi.

So, jangan sangka buruk dengan Allah. Jangan salahkan takdir, tapi bersyukur dengan apa yang kita ada dan terus usaha dengan do'a untuk benda yang lebih baik. Allah sayang hambaNya yang berdoa, ingat? Dia takkan buat tak tau je dengan do'a kita.

Jadi jangan sedih jangan nangis. Lap air mata cepat. Angkat muka jangan tunduk. Senyumlah besar besar sebab insyaAllah kalau kita terus sabar dan tabah ada kejayaan yang lebih besar menunggu kita di masa akan datang. Tak di dunia, insyaAllah di akhirat.

Percaya pada Allah, usaha, tawakkal. JANGAN PUTUS ASA.

yang pernah gagal dan mungkin akan gagal lagi.
mister ketam.

Saturday 6 December 2014

Yang pernah jatuh ke tahap paaaaaling dalam..

 Hai assalamualaikum.
   
  Perghh sakit jantung. Hati ni rasa macam ada lubang dekat tengah tengah tu. Sakitnya rasa. Haha baru second entry dah macam nak pecah dada kot. Got this from ask.fm, trylah baca. Sentap dan aku macam nak jadi crybaby kejap.
ya Allah saya rasa nak taubat . saya nak berubah ke jalan Allah . tapi setiap kali saya niat dan cuba , saya tak kuat melawan nafsu untuk membuat dosa . saya malas solat . saya tutup aurat pun kurang . hanya tahap 6 je . hm saya cuba untuk menjaga batas dgn ajnabi . tolong saya, insyaAllah sy cuba

untuk yang pernah jatuh jauh ke tahap paling dalam
untuk yang berusaha naik meski tergelincir berkali-kali
untuk yang lelah sudah tak terucapkan
sini aku ingatkan—
kalian,
disayang tuhan
teruskan mencari jalan
yang susah itu, kadang yang terbaik
mengajar kau untuk jadi kuat di waktu kau lemah tak terbangunkan
tuhan tak uji saja-saja
takkan pernah.

Yang bold tu question yang bawah dia tu answer. Lepas aku baca air mata keluarlah setitik, tapi dalam hati dah macam hujan ribut kut. Lepas tu the one yang answer soalan kat atas tadi dia bagi gambar ni.
http://lphoto3.ask.fm/913/769/691/1650003025-1saa4rf-5g72189rnm9c58a/preview/image.jpg

Lepas baca ni lagilah banjir dalam dada ni woih. Nak menitis real punya air mata muka aku dah macam beku tak boleh bagi reaction. Those things are so damn true. Aku speechless.

Aku banyak kot dosa. Memanglah semua orang banyak dosa kan but aku ni budak sekolah agama. Well, memang orang pandang tinggi lah pergi mana mana semua orang puji melambung lambung tapi hanya kita yang tahu siapa diri kita kan? Serius aku rasa berdosa gila everytime orang cakap aku ni baik, insyaAllah aku ni boleh tolong tarik mak ayah masuk syurga. I was just like ‘WHAT?’ Adoi..

Nak bagitahu dosa pekebende yang aku buat tu macam aiblah kan. Lagipun kalau nak list pun panjangnya tak terkira duhhh.  Aduh… hati aku dah cedera. You know what, memanglah sedih kalau kita ni tak dapat tarbiyah and jahil. Tapi laaaagi sedih bila kita dapat tarbiyah, kita tahu hukum, kita belajar agama, tapi perangai macam orang jahil. Akulah tu.

Tapi hakikatnya nak berubah dari segala benda yang dah macam routine kehidupan tu memang susah kan? Nak tahu, ustaz aku pernah cakap, kalau orang biasa biasa ni syaitan yang goda dia pun pangkat biasa-biasa. Tapi kalau orang yang belajar agama ni, syaitan yang menggoda ialah syaitan yang pangkat besar. Sebab tu bila orang belajar agama ni jadi baik, insyaAllah memang betul-betul baik. Tapi kalau hati tak teguh lawan syaitan, lawan nafsu, orang yang belajar agama ni mampu jadi lagi teruk, lagi jahil dari orang yang tak dapat didikan agama dengan sempurna.

And now I start to wonder… Aku orang yang macam tu ke?

Deep inside our heart, sebenarnya bukan takde langsung rasa nak jadi baik kan? Fitrah setiap insan memang sukakan kebaikan, kan? Tapi bukan senang nak lawan godaan hawa nafsu. Hubungan dengan Allah pulak tak terjaga. Siapa nak tolong kita? Siapa nak tolong AKU?

Lepas baca mendalah kat atas tadi tu rasa macam jumpa soloution kut. Sebenarnya solution dah jumpa lama, tapi hati keras.

Start from now, SOLAT adalah benda yang paling kena jaga sekali. Tak boleh labatkan, tak boleh rushing, tak boleh doa main-main. Ya Allah aku dah belajar semua ni, ustaz-ustaz aku dah ingatkan tapi tu lah padahnya belajar je. 

Pernah dengar kan 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.'

Sekarang memang aku rasa nak padan muka dekat diri sendiri sebab benda tu memang dah kena batang hidung sendiri pun, rasa macam nak patah hidung aku.

Ada satu do'a yang setiap hari kalau solat jemaah imam dekat kolej selalu baca tapi aku tak amalkan kut, sebab tu aku jadi macam ni :(

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Maksud dia 'wahai Yang Membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMU dan diatas ketaatan kepadaMU.'

Sebenarnya, kita kena la bersyukur bila ada rasa macam ni betul tak? Daripada kita takde langsung rasa menyesal atas segala dosa, macam Allah dah taknak kisah pasal kita lagi, tu lagi seram. Jadi apa yang mampu kita buat sekarang just do'a je lah dan terus berharap supaya Allah tak gelapkan hati kita sampai kita tersesat dari jalan kebenaran, kan?

Allah pegang hati kita. Anytime Dia nak Dia boleh je tarik hidayah dari kita. Dan masa tu terkontang-kantinglah kita kan? Semoga Allah jaga hati kita dan tetapkan hati kita atas jalan-Nya sampailah kita tinggalkan dunia ni, insyaAllah. Amin..

Jomlah, lari dekat Allah. Allah tak pernah jauh. Dia janji Dia akan terus ada untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa =)

yang pernah jatuh ke tahap paling dalam,
mister ketam.





Friday 5 December 2014

tak tahu nak letak tajuk apa

hai assalammualaikum.
ni entri pertama untuk blog ni hehe. before this lepak mana mana pun kiri kanan tengok orang follow blog ni orang follow blog tu, ada jugak member yang buat blog sendiri. macam seronok gaban je. so aku try lah buat blog ni ha sebab tengok member share story lepas tu ada orang komen komen kasi semangat lah bagai.
aku ni takdelah gramatis mana almaklumlah bukan budak sastera. apa yang aku perlukan bukan readers ramai2 ke apa tapi cukuplah pembaca-pembaca yang ikhlas dan memahami. perjalanan hidup aku ni takdelah menarik sangat pun untuk dikongsi or diceritakan tapi takpelah kalau setakat nak bagi pendapat kan? so selamat berkenalan and just wait for the next entry okeh?

mister ketam.